Tuesday, March 17, 2009

SYUKUR..ALHAMDULILLAH..Hajat tercapai..

Dalam keterujaan melihat industri ternakan kambing pelbagai jenis yg semakin pesat dan mendapat permintaan yg baik ini, terlintas di fikiran untuk turut sama menceburinya. Justeru terzahirlah sebuah projek kecil-kecilan ternakan kambing Boer usahasama adik-beradik yg berpangkalan di Felda Lui Timur, Jempol, N9. Start masuk kandang pada 11hb Mac 2009 bersamaan 14 Rabiul awal 1430H..Dua hari selepas sambutan Maulidur Rasul. Harapan semoga usaha ini mendapat keberkatan..amin! Jom tgk gambar2 bwh ni..

Inilah jumlah utk percubaan pertama Timur Agrotech dlm penternakan kambing jenis Boer. Enam betina, 2 drpdnya jenis boer + kampung dan seekor pejantan dari baka Boer.

Sesi suai kenal ngan salah seekor penghuni 'Kandangku Syurgaku'..huhuhu


senyum kambing

Sebahagian drpd pandangan sudut kandang yg terbina hasil kepakaran dan kudrat Pengurus Besarnya sendiri iaitu En. Taib Bin Paiman. Alakadar, namun selesa..



Pejantan yg bakal memonopoli kekuasaan dlm areanya sendiri. DON'T TOUCH ME!!.. huhuhu..

Malu la kononnya tu...ecehh..


Cuba peratikan bebetul..rambut belah tepi tu!!!!! Taiko yg menjaga penampilannya..









Pandangan di satu sudut yg lain.





Masih belum boleh dilepaskan ke tanah lagi..so masing-masing berasak-asak nak menjemurkan diri di bawah sinaran mentari. Sun burn lotion dan pakai ke?..huhuhu






Masih blur2 lagi..Maklumlah baru 3 hari pindah..











Haa..ni la gembala merangkap gembali utk projek ni.. Di sebalik senyuman terukir tu terdapat satu kudrat dan azam yg menggunung utk menjadikan projek ini sukses di masa depan..cayalahh..Dan kami difahamkan yg pejantan yg sungguh macho tadi tu telah dihadiahkan kepada beliau oleh pengurus besar sendiri..












...depan pintu masuk kandang bersama helaian pelepah sawit muda utk santapan si kambing yg setia menanti. Kelihatan juga salah seekor induk yg paling 'mesra rakyat' meng'approch' beliau.